BANGI: Kerajaan bersetuju membenarkan pengambilan pekerja asing khusus untuk sektor perladangan di bawah Kementerian Perladangan dan Komoditi (KPK), kata menterinya, Datuk Seri Johari Abdul Ghani.
Beliau berkata, perkara itu telah dimaklumkan oleh Menteri Dalam Negeri kepadanya yang memutuskan hanya sektor perladangan pada masa ini yang dibenarkan untuk mengambil pekerja asing.
"Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Kementerian Sumber Manusia bersetuju bahawa pekerja asing selain sektor perladangan tidak dibenarkan masuk lagi tetapi untuk industri perladangan ia terbuka dan diberi peluang.
"Setakat kaji selidik sehingga Disember 2023, kita menganggarkan seramai 40,000 pekerja diperlukan ketika ini, tetapi mana-mana syarikat yang terlibat dalam perladangan perlu mengemukakan permohonan (pengambilan pekerja asing),” katanya kepada media pada Selasa.
Beliau berkata demikian selepas menyempurnakan Majlis Anugerah Kecemerlangan Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) 2023, di sini.
Johari turut menegaskan syarikat yang ingin membuat permohonan pengambilan pekerja asing untuk industri perladangan perlu memastikan kehendak spesifik pekerjaan di ladang dan bukan dalam sektor lain.
"KPK juga akan memastikan sesiapa yang membawa masuk pekerja asing akan menyediakan tempat tinggal yang elok dan sempurna kerana kita tidak mahu timbul isu pekerja asing dianggap dalam keadaan buruh paksa.
"Saya difahamkan oleh menteri KDN, mana-mana syarikat yang membawa masuk pekerja asing ke dalam negara kemudian tidak ada kerja, tetap kena bayar gaji kepada pekerja tersebut untuk mengelak negara kita daripada dituduh sebagai mengamalkan pemerdagangan manusia atau buruh paksa,” katanya.
Terdahulu, Johari menyaksikan penyerahan dana khusus untuk Skim Insentif Pembiayaan Tanam Semula Pekebun Kecil Sawit (TPKS 2.0) berjumlah RM100 juta daripada MPOB kepada Agrobank.
Dana yang disediakan menerusi Belanjawan 2024 terdiri daripada komponen geran (50 peratus) dan sebahagian lagi adalah pembiayaan (50 peratus) kepada pekebun kecil persendirian.
Penyaluran dana bagi kedua-dua komponen geran dan pembiayaan akan disalurkan sepenuhnya oleh Agrobank dan bayaran balik oleh pemohon hanya melibatkan 50 peratus (termasuk dua peratus faedah) daripada keseluruhan jumlah dana disalurkan.
Nilai pembiayaan adalah sebanyak RM14,000 per hektar untuk pekebun kecil di Semenanjung Malaysia manakala RM18,000 per hektar kepada pekebun kecil di Sabah dan Sarawak dan permohonan telah dibuka bermula 15 Januari lepas.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jan 23 2024
Johari berkata, perkara itu telah dimaklumkan oleh Menteri Dalam Negeri kepadanya yang memutuskan hanya sektor perladangan pada masa ini yang dibenarkan untuk mengambil pekerja asing. - Gambar fail/Bernama
Bursa Malaysia dibuka tinggi seiring prestasi positif di Wall Street
Pada 9.05 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 1.75 mata kepada 1,621.15 daripada paras penutup 1,619.40 pada Jumaat minggu lepas.
SPM 2023: Gred Purata Negeri Selangor naik, 2,005 dapat keputusan cemerlang
Pencapaian calon bandar meningkat sebanyak 0.12 mata iaitu 4.68 mata pada 2023 berbanding 4.80 mata pada 2022.
Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS
Pada 9.05 pagi, ringgit meningkat kepada 4.7075/7130 berbanding dolar AS daripada paras penutup 4.7100/7130 pada Jumaat minggu lepas.
Seramai 2,005 calon SPM 2023 di Selangor peroleh semua A
Daripada 65,452 calon sekolah KPM yang menduduki SPM, seramai 2,005 calon di Selangor memperoleh keputusan cemerlang (gred A+, A dan A-) dalam semua mata pelajaran berbanding 1,860 calon pada 2022.
Lelaki mengaku cederakan bapa guna kerusi plastik
Ahmad Zikri didakwa sengaja mendatangkan kecederaan ke atas bapanya menggunakan kerusi yang boleh bawa kematian jika diguna sebagai senjata.
[TERKINI] Pengumuman keputusan SPM 2023 peringkat negeri Selangor
11,713 calon SPM 2023 peroleh semua A
Angka ini menunjukkan peningkatan lebih baik berbanding tahun sebelum ini iaitu 10,109 calon atau 2.7 peratus.
Niaga AWANI: [Data & Statistik] Prestasi ringgit setakat 27 Mei 2024
Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata sejak minit mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC) dikeluarkan pada Rabu, ringgit semakin lemah berbanding dolar US.
#NiagaAWANI
#NiagaAWANI
Play Store perkenal ciri minta orang lain bayar pembelian aplikasi
Google Play Store memperkenalkan ciri baharu yang membolehkan pengguna meminta orang lain membayar untuk aplikasi yang ingin dibeli.
Niaga AWANI: [Data & Statistik] Prestasi Bursa Malaysia setakat 27 Mei 2024
Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd Thong Pak Leng berpandangan unjuran terhadap ekuiti Malaysia kekal stabil walaupun prestasi rendah pada Jumaat, susulan penilaian murah di samping asas ekonomi domestik yang kukuh akan memacu pasaran ke hadapan.
#NiagaAWANI
#NiagaAWANI